Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengumuman pengagihan dividen interim sebanyak 3.0 sen seunit dari Amanah Saham Sarawak (ASSAR)  membuktikan komitmen pihak pengurusan untuk menjaga kestabilan pulangan para pelabur, terutamanya rakyat Sarawak.

Pengagihan dividen ASSAR bukti kestabilan di sebalik cabaran ekonomi

ByMarzella Sigai

KUCHING, 20 Jan: Pengumuman pengagihan dividen interim sebanyak 3.0 sen seunit Amanah Saham Sarawak (ASSAR)  membuktikan komitmen pihak pengurusan untuk menjaga kestabilan pulangan para pelabur, terutamanya rakyat sarawak.

Pakar Ekonomi dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Madya Dr. Aila Abdul Latif berkata, langkah ini memperlihatkan prestasi ASSAR yang teguh walaupun berdepan cabaran ekonomi global seperti inflasi dan ketidaktentuan pasaran.

“Saya kira pengumuman dividen interim tersebut daripada ASSAR menunjukkan kepada pelabur bahawa prestasi yang stabil di sebalik berdepan dengan cabaran ekonomi global.

“Impaknya mungkin bagi pelabur-pelabur besar ianya tidak begitu signifikan kerana mungkin tidak besar, malah mendorong mereka untuk menilai semula prospek pelaburan mereka dalam dana ini, katanya ketika dihubungi TVS di Kuching, hari ini.

Jelasnya, pulangan ini mungkin tidak memberikan impak besar kepada pelabur kecil, manakala pelabur besar mungkin perlu menilai semula strategi pelaburan mereka.

Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengagihan dividen tersebut melibatkan sebanyak RM13.23 juta yang dikongsikan kepada 57,653 pelabur, berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2024.

Untuk rekod, jumlah pendapatan kasar yang direalisasikan bagi tempoh 6 bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 ialah RM22.62 juta, meningkat sebanyak 45 peratus berbanding RM15.59 juta bagi tempoh sama tahun lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan