Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan dalaman Rumah Panjang Ason, Tembawai Kapok selepas dilanda banjir semasa pemantauan di sini, hari ini.

Pemantauan pasca banjir di Tembawai Kapok

BySuara Sarawak

SARATOK, 20 Jan: Beberapa bilik di Rumah Panjang Ason, Tembawai Kapok yang dilanda banjir pada Ahad mengalami kerosakan teruk, dengan ada yang tidak dapat didiami.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, Nur Athirah Batu, berkata pemantauan anggotanya pada kira-kira 10.30 pagi mendapati air telah surut sepenuhnya.

“Hasil pemantauan menunjukkan beberapa pintu tidak dapat didiami disebabkan struktur lantai dan dinding yang runtuh,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan terkini banjir di Saratok hari ini.

Ekoran banjir yang telah reda, jalan ke rumah panjang kini dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Mengenai keadaan semasa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak, Athirah menyatakan bahawa keadaan di PPS adalah baik dan terkawal.

“Jumlah penduduk di PPS adalah sebanyak 85 orang.

Tidak semua penghuni yang terjejas pada Ahad berpindah ke PPS; sebahagian daripada mereka menumpang berteduh di rumah saudara mara masing-masing,” ujarnya.

Biarpun keadaan air telah surut sepenuhnya, beliau tetap menggesa penduduk, terutama yang tinggal di kawasan rendah, agar sentiasa waspada terhadap perubahan cuaca. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan