Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Borhan Aman Shah melawat Muzium Sultan Alam Shah di sini hari ini. Foto: Amiruddin (TVS).

Muzium Sultan Alam Shah bakal beroperasi semula 8 Feb depan

ByAmirah Shawel

SHAH ALAM, 20 Jan: Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14 di sini bakal beroperasi semula pada 8 Februari ini setelah ditutup sejak 2019.

Exco Jawatankuasa Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata muzium itu telah melalui proses naik taraf dengan kos RM5.23 juta dan dilengkapi dengan kemudahan baharu yang mesra pengunjung.

Katanya, projek naik taraf muzium tertangguh hampir lima tahun sebelum ini susulan isu di luar kawalan pihak pentadbiran.

““Penyusunan semula koleksi dan artifak antara faktor kelewatan projek ini yang memerlukan ketelitian tinggi,” katanya pada sidang akhbar pembukaan semula muzium itu di sini hari ini.

Kata beliau, naik taraf itu juga melibatkan tiga galeri utama iaitu Galeri Sejarah, Galeri Adat dan Kebudayaan serta Galeri Alam Semula Jadi.

Sementara itu, muzium itu juga akan mempamerkan lebih 1,000 bahan pameran termasuk artifak, diorama, model dan replika yang merangkumi aspek sejarah, kebudayaan dan warisan.

Sebanyak 800 spesimen berkaitan alam semula jadi yang terdapat di Selangor turut dipamerkan di muzium tersebut.

“Pembukaannya secara langsung akan menggalakkan sektor Pelancongan dengan muzium yang telah dibangunkan lebih 36 tahun lalu tersebut adalah satu ikon pelancongan dan warisan utama di Shah Alam,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan