Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancong, Indsutri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Miri Gong Xi Bazaar 2025 di Miri, malam tadi. Foto Salasiah Safian (TVS)

Miri pintu masuk penting Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 20 Jan: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menganggap Miri sebagai pintu masuk penting untuk Sarawak.

Beliau berkata, ini kerana Miri merupakan antara bahagian di wilayah ini yang mempunyai pecahan kaum yang banyak.

“Bahagian Miri adalah antara bahagian yang mempunyai etnik yang pelbagai. Kita boleh melihat begitu banyak kumpulan etnik dan kebanyakan daripada mereka adalah dari wilayah utara. Saya tidak mengatakan bahawa bahagian lain tidak mempunyai kepelbagaian.

“Di Kuching kita ada bangsa Melayu, Cina, Bidayuh dan Iban tetapi tidak sebanyak seperti yang Miri boleh tawarkan. Kerana Miri mempunyai etnik Orang Ulu, Kelabit, Lun Bawang, Penan, Kedayan, Cina, Melayu dan Melanau. Begitu ramai daripada mereka berada di Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pembukaan Miri Gong Xi Bazaar 2025 di sini, malam tadi.

Menurutnya, data bulanan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenai kedatangan pelancong ke Sarawak pada tahun lepas menunjukkan peningkatan kemasukan pelancong dari Brunei ke Miri.

“Akan ada pelancong dari Negara Brunei Darussalam. Setiap bulan, selama 12 bulan pada tahun lepas, lebih daripada 150,000 warga Brunei datang dan melawat Sarawak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan