Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertahanan Indonesia, Sjarfie Sjamsoeddin mengadakan kunjungan hormat bertemu Mohamed Khaled di MINDEF hari ini. Foto, MINDEF.

Malaysia, Indonesia kukuhkan kerjasama pertahanan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Malaysia dan Indonesia sepakat untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan bagi memastikan keamanan dan kestabilan serantau.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkata, komitmen itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia, Sjarfie Sjamsoeddin bertemu Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di MINDEF hari ini.

“Semasa pertemuan itu kedua – dua Menteri Pertahanan turut bertukar pandangan berkaitan perspektif pertahanan dan keselamatan serantau selain membincangkan Kepengerusian ASEAN 2025,” kata MINDEF menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah MINDEF turut dibincangkan ialah mengenai Jawatankuasa Sempadan Am Malaysia-Indonesia Ke-44 (GBC MALINDO) yang dijadual berlangsung di Malaysia tahun ini.

“GBC MALINDO penting bagi kedua-dua negara menangani cabaran keselamatan serantau secara kolektif,” tambah kenyataan itu.

Pada pertemuan berkenaan, Mohamed Khaled turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Indonesia untuk menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan