Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Zahid merasmikan AISSE25 di Putrajaya di sini hari ini. Foto, UKK Kementerian Dalam Negeri.

Malaysia cadang tubuh Pasukan Petugas Jenayah Siber Asean

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 20 Jan: Malaysia mencadangkan penubuhan tubuh Pasukan Petugas Jenayah Siber Asean yang mirip Pertubuhan Polis Antarabangsan (INTERPOL) untuk memudahkan pertukaran maklumat dan kerjasama serantau dalam menangani ancaman digital dengan berkesan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini susulan pengembangan pesat ekonomi digital yang memerlukan rangka kerja keselamatan yang lebih dinamik.

Beliau juga memberi amaran mengenai penjenayah siber yang kini turut menguasai kecerdasan buatan (AI), automasi dan web gelap untuk melancarkan serangan siber yang lebih kompleks.

“Saya menggesa semua pihak berkepentingan – kerajaan, agensi penguat kuasa undang-undang, dan pemimpin industri, untuk mengambil tindakan konkrit dalam beberapa bidang utama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE25) di Putrajaya, pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Ismail Nasution.

Sementara itu Ahmad Zahid turut menggesa penubuhan sistem pengesahan identiti berasaskan blok rantai di peringkat nasional, yang penting untuk melindungi transaksi dalam talian dan mengurangkan penipuan identiti.

Beliau berkata Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini komited untuk membina ekosistem keselamatan yang selamat, berdaya tahan, dan bekerjasama, bukan hanya untuk negara tetapi juga untuk rantau ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan