Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki yang dipercayai memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Jalan Chain Ferry di sini pada Sabtu lepas ditahan polis petang semalam.

Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan

ByBernama

BUTTERWORTH, 20 Jan: Lelaki yang dipercayai memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Jalan Chain Ferry di sini pada Sabtu lepas ditahan polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Permohonan reman akan dibuat terhadap suspek bagi menjalani ujian darah serta siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) SPU menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan berlaku kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Chain Ferry kira-kira 2.15 petang.

Beliau berkata siasatan awal di lokasi mendapati nahas berlaku apabila kereta dipandu suspek tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah pacuan empat roda yang kemudian merempuh dua kenderaan lain.

Insiden itu menyebabkan dua pemandu kereta cedera ringan manakala pemandu lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau BSPT IPD SPU di talian 04-5741421,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar dan video memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kereta yang memandu melawan arus sebelum melanggar beberapa kenderaan lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan