Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin. Foto fail AFP

Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul

ByBernama

SEOUL, 20 Jan: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.

Yoon dipindahkan ke sel berukuran 12 meter persegi di pusat tahanan di Uiwang, selatan Seoul pada Ahad selepas Mahkamah Daerah Barat Seoul mengeluarkan waran terhadapnya, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Pesuruhjaya Jeneral Perkhidmatan Pemulihan Korea, Shin Yong-hae.

“(Yoon) dipindahkan dari bilik tahanan sementara ke bahagian tahanan umum, dan (saya) menerima laporan bahawa beliau menghabiskan malamnya dengan baik,” kata Shin kepada ahli parlimen semasa sesi jawatankuasa perundangan dan kehakiman di Dewan Negara.

Pegawai itu turut memaklumkan bahawa Yoon mematuhi semua prosedur rasmi tahanan termasuk mengambil foto dan menjalani pemeriksaan fizikal, selain seorang pegawai pemulihan ditugaskan bagi memastikan keselamatannya.

Shin juga berkata bahawa pihaknya bekerjasama dengan polis dan Perkhidmatan Keselamatan Presiden untuk meningkatkan keselamatan, susulan kebimbangan terhadap kemungkinan tindakan drastik daripada penyokong Yoon, termasuk usaha membebaskan presiden yang ditahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan