Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia. Foto BAM (FB)

Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Kejayaan beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sambil mengucapkan tahniah, Ahmad Zahid berkata kejayaan itu juga membuktikan ketabahan dan semangat juang luar biasa atlet negara.

“Teruskan momentum ini untuk mencipta lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa tahun ini. Well done, boys. Keep it up!,” katanya dalam hantaran di laman X hari ini.

Pada aksi final di New Delhi, Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya menundukkan pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 21-15, 13-21, 21-16.

Hasil kemenangan tersebut, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah bernilai US$70,300 (kira-kira RM316,631), manakala pasangan Korea Selatan itu menerima US$33,250 (RM149,836).

Kali terakhir beregu lelaki negara merangkul kejuaraan Terbuka India ialah pada 2010 menerusi gandingan Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan