Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah restoran di Myy Mall Lutong, musnah sebanyak 30 peratus akibat kebakaran yang berlaku pada Ahad. Foto JBPM

Kebakaran restoran di MYY Mall Lutong

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 20 Jan: Sebuah restoran di Myy Mall Lutong terbakar hampir 30 peratus akibat kebakaran yang berlaku pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, kejadian dilaporkan pada jam 8.20 malam, dengan panggilan diterima daripada pemilik restoran tersebut yang memaklumkan kebakaran itu kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO).

“Kebakaran melibatkan sebuah restoran berkeluasan 50×12 kaki persegi. Pasukan bomba bertindak pantas melaksanakan operasi berdasarkan konsep RECEO (Penyelamatan, Pendedahan, Pengasingan, Pemadaman, dan Penilaian Semula) dengan menggunakan satu aliran air sepanjang 100 kaki yang disalurkan daripada pili bomba dan tangki jentera.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.45 malam, dan operasi ditamatkan pada jam 9.19 malam,” katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan serta tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan