Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto TVS

Isu kekurangan guru Bahasa Iban diberi perhatian serius – Uggah

KUCHING, 20 Jan: Kekurangan guru yang terlatih dalam Bahasa Iban di Sarawak  khususnya di kawasan luar bandar diberi perhatian yang serius, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau memaklumkan bahawa masih banyak lagi isu kekurangan guru yang mengajar Bahasa Iban di sekolah rendah dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi.

“Jika dihuraikan lebih lanjut, kini terdapat 5,139 kelas Bahasa Iban di sekolah rendah, dengan 67,308 pelajar yang terlibat. Bagaimanapun, hanya 2,093 guru yang mengajar Bahasa Iban di sekolah ini.

“Isu utama di sini ialah daripada 2,093 guru tersebut, hanya 352 orang sahaja yang terlatih dengan betul untuk mengajar Bahasa Iban, sama ada melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) atau kursus berkaitan lain.

“Ini bermakna seramai 1,741 guru yang kini mengajar Bahasa Iban di sekolah rendah tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk berbuat demikian dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pembangunan Kurikulum Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Iban di sebuah hotel di sini, hari ini.

Jelas Uggah, masalah kekurangan guru yang terlatih dalam Bahasa Iban juga berlaku di peringkat sekolah menengah melibatkan guru yang tidak terlatih atau tidak memiliki kelayakan yang diperlukan untuk mengajar Bahasa Iban.

“Masalah yang sama juga berlaku di peringkat sekolah menengah. Daripada 277 guru yang mengajar Bahasa Iban, hanya 79 orang yang mempunyai kelayakan, manakala 198 guru tidak terlatih atau tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk mengajar Bahasa Iban di sekolah menengah,” jelasnya.

Untuk menangani isu ini, Uggah mencadangkan pelaksanaan program latihan berterusan untuk melengkapkan guru-guru ini dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam penguasaan bahasa, metodologi pengajaran yang berkesan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan