Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza membawa "harapan yang amat diperlukan" ketika jeda dalam pertempuran bermula pada Ahad berikutan konflik selama 15 bulan. Foto AFP

Gencatan senjata di Gaza bawa ‘harapan yang sangat diperlukan’- IOM

ByBernama

ISTANBUL, 20 Jan: Agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza membawa “harapan yang amat diperlukan” ketika jeda dalam pertempuran bermula pada Ahad berikutan konflik selama 15 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Gencatan senjata di Gaza membawa harapan yang amat diperlukan, menawarkan peluang untuk menyatukan semula keluarga dan mula membina semula kehidupan yang hancur,” kata Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), Amy Pope di X.

Beliau berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah “amat besar,” dan menyeru usaha yang “mendesak dan bersatu” serta sokongan berskala besar di semua peringkat.

Perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan itu berkuat kuasa pada 0915GMT Ahad, tertangguh daripada jadual asal pada 0630GMT selepas Israel menuduh Hamas melengahkan pembebasan senarai tawanan.

Serangan tanpa henti Israel 7 Okt 2023 telah memusnahkan Gaza, dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan melaporkan hampir 47,000 kematian dan lebih 110,700 kecederaan, kebanyakannya melibatkan wanita dan kanak-kanak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan