Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Real Madrid Florentino Perez. Foto AFP

Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029

ByBernama

LONDON, 20 Jan: Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid sehingga 2029, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.

“Dengan hanya satu pencalonan yang diumumkan oleh lembaga pemilih ini dan mengikut artikel 40, seksyen E, perkara 2 undang-undang kelab semasa, Florentino Perez diumumkan sebagai Presiden Real Madrid,” menurut kenyataan daripada juara bertahan Sepanyol dan Eropah itu.

Perez kini akan memulakan penggal kelimanya berturut-turut menerajui gergasi LaLiga itu.

Real Madrid juga mengumumkan senarai ahli lembaga pengarah baharu yang dipilih di Bernabeu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan