Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Fakrul Aiman, 22, didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam pada 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. Foto fail Bernama

Bicara kes bunuh, bakar kekasih bermula 27 Okt

ByBernama

KLANG, 20 Jan: Perbicaraan kes seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasihnya yang hamil dua tahun lepas akan bermula pada 27 Okt depan di Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan Pendaftar Mohd Hirman Ab Raub menetapkan tarikh baharu itu ketika sebutan kes itu hari ini yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad, dan peguam Nik Ahmad Burhan Nik Abdul Mubin yang mewakili Muhammad Fakrul Aiman Sajali.

Mahkamah menetapkan 27 hingga 31 Okt, 3 hingga 7 Nov, dan 10 hingga 14 Nov tahun ini untuk perbicaraan kes tersebut, manakala tarikh akhir bagi pengurusan kes ditetapkan pada 8 Sept.

Sebelum ini, mahkamah itu menetapkan perbicaraan kes berkenaan akan bermula pada 23 Feb 2026.

Muhammad Fakrul Aiman, 22, didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam pada 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang pelayan restoran dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau pada 22 Mei 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan