Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat pemindahan sementara banjir, Dewan Rumah Dayak, Saratok yang menempatkan 89 penduduk dari Rumah Tembawai Kapok. Foto Angkatan Pertahanan Awam

Banjir Saratok: 89 penduduk Rumah Tembawai Kapok masih di PPS

SARATOK, 20 Jan: Jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir dari Rumah Tembawai Kapok, Awik dekat sini yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) menunjukkan peningkatan sedikit.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata setakat pukul 4 petang hari ini, 89 penduduk telah dipindahkan ke PPS Dewan Rumah Dayak, Saratok berbanding 85 orang pada pukul 8 pagi.

PPS itu dibuka pada petang Ahad.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi)

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan