Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Profesor Madya Dr. Aila Abdul Latif. Foto fail TVS

ASSAR berpotensi kekal relevan, kukuh nilai dana

ByMarzella Sigai

KUCHING, 20 Jan: Amanah Saham Sarawak (ASSAR) dilihat berpotensi untuk meningkatkan portfolio dengan mencari peluang pelaburan baharu untuk memastikan pertumbuhan yang berterusan bagi mengukuhkan nilai dana serta meningkatkan pulangan kepada pelabur.

Pakar Ekonomi dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Madya Dr. Aila Abdul Latif berkata, saranan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk ASSAR menyusun strategi bagi lima tahun yang akan datang adalah kritikal bagi memastikan dana ini kekal relevan, mampan, berdaya saing, selain memberi keyakinan yang lebih tinggi kepada para pelabur.

“Pasti kita faham bahawa pada masa sekarang ini tidak sama seperti dahulu, berlaku paling ketara adalah ketidaktentuan pasaran global iaitu harga komoditi seperti gas asli, minyak sawit contohnya menjadi tunjang utama ekonomi kita di sarawak telah turun naik, berlaku turun naik harga komoditi tersebut.

“Jadi ia akan memberikan kesan langsung kepada prestasi pelaburan. Juga ASSAR perlu menunjukkan daya saing dengan strategi pelaburan yang lebih inovatif dan pulangan yang lebih menarik kerana mereka perlu bersaing dengan dana lain,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Tambah beliau, ASSAR boleh mempertimbangkan untuk mempelbagaikan pelaburan dalam infrastruktur strategik selaras dengan usaha Sarawak yang giat membangunkan infrastruktur seperti pelabuhan, jalan raya, tenaga boleh diperbaharui dan sebagainya.

Dalam pada itu, pelaburan dalam agroindustri atau agromakanan juga  dilihat berpotensi tinggi memberikan pulangan yang lebih baik, sekali gus menyumbang kepada ekonomi Sarawak.

“Saya kira ASSAR mungkin akan lebih kukuh dan berjaya dengan penglibatan rakyat Sarawak sendiri. Jadi untuk meningkatkan penyertaan rakyat dalam dana ini, kita mesti meningkatkan kesedaran. Perlu lebih proaktif atau aktif lagi memberikan pendidikan kewangan untuk mendorong kepada masyarakat memahami penyertaan mereka dalam pelaburan jangka panjang.

“Jika saranan Premier Sarawak dilaksanakan dengan lebih efisien, lebih cekap, ASSAR berpotensi untuk menjadi instrumen kewangan yang lebih berdaya saing dan relevan untuk seiring dengan pembangunan ekonomi Sarawak dan manfaat rakyatnya,” jelasnya.

Kepelbagaian dalam pelaburan, jelas Dr. Aila lagi,  boleh mengurangkan risiko kebergantungan kepada satu sektor semata-mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan