Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganjuran APEC 2025 oleh Korea Selatan akan bertepatan dengan peranan yang digalas oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, memberikan peluang kepada kedua-dua negara untuk memacu kerjasama yang lebih mendalam dan kemakmuran bersama di rantau Asia Pasifik. Foto fail Bernama

APEC 2025 seiring dengan kepengerusian ASEAN-Malaysia untuk hubungan serantau lebih kukuh

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Penganjuran APEC 2025 oleh Korea Selatan akan bertepatan dengan peranan yang digalas oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, memberikan peluang kepada kedua-dua negara untuk memacu kerjasama yang lebih mendalam dan kemakmuran bersama di rantau Asia Pasifik.

Timbalan Menteri Luar Korea Selatan Chung Byung Won berkata penyelarasan peranan kepimpinan utama ini menyediakan platform untuk menangani cabaran bersama dan memperkukuh integrasi serantau.

“Malaysia dan Korea Selatan, sebagai pengerusi dua platform kerjasama utama, mempunyai peluang unik untuk bekerjasama rapat dalam memajukan keamanan dan kemakmuran serantau,” kata Chung kepada Bernama dalam wawancara eksklusif bertulis baru-baru ini.

Dengan tema “Membina Masa Depan Mampan”, Korea Selatan selaku Pengerusi APEC akan memberi tumpuan kepada membangunkan komuniti Asia Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan aman menjelang 2040.

Keutamaan utama termasuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan, menerima inovasi dan pendigitalan serta menangani cabaran global seperti perubahan iklim, keselamatan makanan dan anjakan demografi.

Mengulas lanjut, Chung menekankan bahawa matlamat ini dirancang untuk memastikan keterangkuman, memperkasa kumpulan rentan seperti PKS, wanita dan golongan kurang upaya.

“Dengan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia yang sejajar dengan kepimpinan APEC oleh Korea Selatan, kami berharap dapat bekerjasama dalam mengatasi cabaran bersama dan mencipta masa depan yang lebih cerah untuk rantau ini,” katanya.

Korea Selatan akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak APEC pada November tahun ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Hwabaek di Gyeongju.

Ini merupakan kali kedua Korea Selatan menjadi tuan rumah sidang kemuncak itu, selepas kali pertama pada 2005.

Malaysia telah menjadi ahli aktif APEC sejak penubuhannya pada 6-7 Nov 1989 dan pernah menjadi tuan rumah sidang kemuncak tersebut pada 1998 dan 2020. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan