Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Grenada Dickon Mitchell menyifatkan pembangunan modenisasi ala China sebagai amat menakjubkan, sementara sumbangan Presiden Xi terhadap China bahkan dunia juga amat besar. Foto CMG

Ambil peluang untuk rapatkan persahabatan dengan China – PM Grenada Mitchell

ByBernama

BEIJING, 20 Jan: Perdana Menteri Grenada Dickon Mitchell menyifatkan pembangunan modenisasi ala China sebagai amat menakjubkan, sementara sumbangan Presiden Xi terhadap China bahkan dunia juga amat besar.

“Presiden Xi berdedikasi terhadap kerjanya, kerana beliau tahu bahawa ia bukanlah tanggungjawab terhadap China semata-mata, malah juga berkaitan dengan negara Selatan Global bahkan kepentingan bersama seluruh umat manusia.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh Kumpulan Media China (CMG), di sini baru-baru ini.

Mitchell juga menzahirkan harapan agar hubungan antara Grenada dengan China dapat ditingkatkan ke tahap baharu.

“Kita patut mengambil peluang untuk menjalin hubungan yang lebih mendalam dan rapat dengan China,” ujar beliau.

Lawatan Perdana Menteri Grenada itu bertepatan dengan ulang tahun ke-20 penyambungan semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Mitchell menyatakan bahawa Grenada telah memperoleh banyak kebaikan daripada hubungannya dengan China, seperti dalam bidang pembinaan infrastruktur, kesihatan, pertanian dan pertukaran rakyat dengan rakyat.

Sempena lawatan Mitchell ke China kali ini, kerajaan kedua-dua negara telah menandatangani 13 perjanjian dua hala.

“Semua ini membuatkan saya merasakan perkongsian kerjasama yang mesra, harmoni dan rapat yang telah diwujudkan antara Grenada dan China sejak 20 tahun yang lalu,” katanya.

Sejak memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ditandatangani antara China dan Grenada pada 2018, kedua-dua negara telah mencapai hasil yang memuaskan dalam kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang.

Menurut beliau melalui BRI dan dengan sokongan kerajaan dan rakyat China, Grenada telah berjaya menyelesaikan pengubahsuaian terhadap beberapa kemudahan penting, antaranya termasuk stadium kriket, lapangan terbang dan lain-lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan