Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga khamis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru,Miri dan Marudi)

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan