Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azizul Annuar Adenan menyerahkan sumbangan barangan asas kepada salah seorang penerima

200 pelajar SK Sematan terima sumbangan simpanan SSPN

SEMATAN, 20 Jan: Seramai 200 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sematan menerima sumbangan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di Dewan Masyarakat Kampung Tanah Hitam hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.

Menurut Azizul, sumbangan tersebut merupakan inisiatif penting dan memberi manfaat kepada penerima.

“Terima kasih kepada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) Negeri Sarawak atas inisiatif ini bagi meringankan bebanan keluarga penerima,” katanya.

Sementara itu, Azizul turut menyerahkan makanan asas kepada keluarga memerlukan di Sematan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan