Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sri Fatimah Abdullah meraikan penerima sumbangan Program Sejambak Kasih sempena Tahun Baru Cina di Sarikei. Turut kelihatan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman dan Kaunselor Chan Pan Chan yang mewakili Tiong Sii.

100 penerima program Sejambak Kasih di Sarikei

BySuara Sarawak

SARIKEI, 20 Jan: Keprihatinan Kerajaan Sarawak terserlah melalui sumbangan kepada 100 penerima program Sejambak Kasih sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Pusat Inovasi Sarikei (SIC) hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Dalam ucapannya, Fatimah berkata program ini bertujuan meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan dalam membuat persiapan menjelang Tahun Baru Cina yang akan datang.

“Pemberian sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Sarawak bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan pada musim perayaan.

“Seramai 8,135 penerima bantuan JKM menyambut Tahun Baru Cina di Sarawak.

Di Sarikei, 546 orang terlibat dan 100 orang diraikan dalam majlis ini, manakala selebihnya menerima bantuan yang dikreditkan ke dalam akaun masing-masing,” katanya.

Selain itu, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datuk Sri Huang Tiong Sii turut menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 untuk setiap penerima.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman, dan Kaunselor Chan Pan Chan yang mewakili Tiong Sii. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan