Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin (tengah) merasmikan upacara menitik mata singa di MYY Mall Lutong, hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Upacara menitik mata singa, simbol tradisi perpaduan

ByVanessa Enjop

MIRI, 19 Jan: Upacara menitik mata singa dan Kejohanan Tarian Singa yang berlangsung di MYY Mall, Lutong, menjadi simbol tradisi dan usaha memupuk perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata upacara menitik mata singa atau eye-doting ceremony adalah ritual penting dalam budaya tarian singa, yang dipercayai “membangunkan” singa yang baharu untuk persembahan dengan selamat.

“Dalam budaya tarian singa, apabila singa itu baharu, ia memerlukan satu upacara iaitu upacara mencelikkan mata. Singa tersebut dikatakan sedang ‘tidur,’ dan kita perlu ‘membangunkannya’ dengan mencelikkan matanya. Selepas ritual ini, baharulah singa itu boleh membuat persembahan,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Menurutnya, tarian singa bukan sahaja popular sebagai acara budaya di Sarawak, malah diterima baik oleh masyarakat pelbagai kaum sebagai simbol keberkatan, motivasi, dan semangat positif.

“Di Sarawak, tarian singa sering dipersembahkan dalam pelbagai acara seperti perasmian bangunan baharu, perayaan, atau majlis tertentu. Tradisi ini mencerminkan kekayaan budaya dan memberi inspirasi kepada semua yang menyaksikannya,” tambahnya.

Lee turut menekankan bahawa Sarawak adalah contoh terbaik perpaduan budaya yang menjadi keunikan negeri ini.

“Inilah keindahan Sarawak, tempat yang dikenali sebagai pertembungan pelbagai budaya. Perayaan seperti ini diraikan oleh seluruh masyarakat Sarawak, tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua adalah satu keluarga besar iaitu ‘Keluarga Sarawak’,” katanya.

Beliau berharap agar usaha ini menjadi platform untuk memupuk semangat perpaduan, khususnya di kalangan generasi muda, demi memastikan warisan budaya terus kekal relevan untuk masa depan.

“Inilah yang sedang diusahakan oleh Premier kita, untuk mencapai Sarawak berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. Ini adalah untuk semua rakyat Sarawak, tanpa mengira bangsa, budaya atau agama,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan