Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani. Foto fail AFP

Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka India 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, meraih gelaran pertama musim ini apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, pada aksi final di New Delhi, hari ini.

Pada aksi di Kompleks Sukan Indira Gandhi, Sze Fei-Nur Izzuddin menghuni ranking kedua dunia, bagaimanapun tidak diberikan laluan mudah oleh juara Terbuka Malaysia minggu lepas selepas diheret sehingga ke set penentuan biarpun memenangi set pertama 21-15.

Set kedua, Won Ho-Seung Jae bangkit dengan kemenangan 21-13, namun, momentum itu berjaya dipatahkan oleh beregu profesional negara pada set penentuan dengan 21-16 untuk menjuarai kejohanan berstatus Super 750 itu.

Kemenangan tersebut menebus kekecewaan mereka selepas terkandas pada pusingan pertama di Terbuka Malaysia minggu lepas.

Hasil kemenangan tersebut, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah bernilai US$70,300 (kira-kira RM316,631), manakala pasangan Korea Selatan itu menerima US$33,250 (RM149,836).

“Kami gembira kerana bergelut dan dapat mengatasi mereka. Kami terpaksa banyak bersabar selepas mereka tidak melakukan banyak kesilapan mudah,” kata Sze Fei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sebagai rekod, kali terakhir beregu lelaki negara merangkul kejuaraan Terbuka India adalah pada 2010 menerusi gandingan Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan