Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok. Foto fail Bernama

Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan PPS berkenaan dibuka di Dewan Rumah Dayak Saratok, bagi menempatkan 39 mangsa banjir melibatkan 15 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok.

Banjir turut melanda dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Lama dan Kampung Petanak Ulu, di Mukah di bahagian tengah Sarawak, namun trend air dilaporkan sedang menurun.

Sementara itu di Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 877 mangsa daripada 328 keluarga yang berlindung di enam PPS membabitkan daerah Pitas dan Paitan, berbanding 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi tadi.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah Pitas turut memaklumkan penutupan empat PPS di daerah itu berikutan keadaan air banjir kembali normal di kawasan itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan