Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar edaran yang disediakan oleh pejabat akhbar kepresidenan Lubnan menunjukkan pertemuan Presiden baharu Lubnan Joseph Aoun (kanan) dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres di istana presiden di Baabda, timur Beirut pada 18 Januari 2025. Foto AFP

Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir

ByBernama

ISTANBUL, 19 Jan: Presiden Lubnan Joseph Aoun pada Sabtu menegaskan komitmen negaranya terhadap pengunduran Israel dari wilayah selatan yang diduduki dalam tempoh ditetapkan oleh perjanjian gencatan senjata yang akan tamat dalam masa tujuh hari, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kenyataan ini dibuat semasa pertemuan Aoun dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres di istana presiden di Baabda timur Beirut.

Menurut pejabat presiden Lubnan, perbincangan tertumpu kepada perkembangan terkini.

Aoun menegaskan pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.

Aoun mengecam “pelanggaran berterusan oleh Israel termasuk pencerobohan darat dan udara, khususnya pemusnahan rumah serta kampung-kampung di sempadan.”

Beliau menegaskan bahawa tindakan itu “bertentangan dengan perjanjian gencatan senjata dan merupakan pelanggaran berterusan terhadap kedaulatan Lubnan serta kehendak antarabangsa.”

Aoun turut memuji “ketahanan Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) dalam menghadapi serangan terhadap kedudukan mereka” semasa perang terbaru Israel ke atas Lubnan.

Beliau menekankan kepentingan koordinasi penuh antara tentera Lubnan dan UNIFIL.

Selain bertemu Aoun, Guterres turut mengadakan pertemuan dengan Speaker Parlimen Nabih Berri di bangunan parlimen.

Menurut Agensi Berita Kebangsaan Lubnan, mereka membincangkan “situasi umum di Lubnan dan rantau ini, serta perkembangan politik dan lapangan berikutan pelanggaran berterusan perjanjian gencatan senjata oleh Israel dan pendudukan di wilayah sempadan selatan Lubnan.”

Guterres juga bertemu Perdana Menteri Nawaf Salam, di kediamannya di kawasan Qoraitem.

Salam menyuarakan keyakinannya terhadap keupayaan Guterres untuk menggerakkan sokongan diplomatik bagi memastikan penarikan Israel menjelang tarikh akhir.

Salam turut menzahirkan harapannya agar Guterres mengumpulkan sokongan antarabangsa untuk persidangan pembinaan semula yang diumumkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Persidangan itu dijangka mendapat sokongan global yang besar.

Beliau turut menekankan keperluan Lubnan dan PBB “memulakan persiapan untuk kepulangan pelarian Syria secara selamat dan bermaruah,” susulan kejatuhan rejim Bashar Assad pada 8 Dis yang telah mengubah situasi di Syria.

Guterres memulakan lawatan tiga hari ke Lubnan pada Khamis, yang digambarkan oleh jurucakap PBB sebagai “lawatan solidariti” ke negara Arab itu selepas perang berpanjangan yang dialaminya.

Sejak 27 Nov, gencatan senjata yang rapuh telah dikuatkuasakan, menamatkan tempoh serangan balas antara Israel dan kumpulan penentang Lubnan, Hizbullah yang bermula pada 8 Okt 2023 dan memuncak menjadi konflik besar pada 23 Sept.

Sehingga Jumaat, Israel melakukan 564 pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata, menyebabkan 37 kematian dan 45 kecederaan, menurut data rasmi Lubnan yang disusun oleh Anadolu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan