Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Sri Pahang FC dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas, semalam. Foto Harimau Malaya (FB)

Piala Malaysa: Sabah, Sri Pahang seri 1-1

ByBernama

KOTA KINABALU, 19 Jan: Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Sri Pahang FC dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas, semalam.

Tuan rumah memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila mendahului seawal minit kesembilan menerusi rembatan pemain kebangsaan Stuart Wilkin yang menewaskan penjaga gol pelawat Zarif Irfan Hashimuddin.

Sepuluh minit terakhir separuh masa pertama menyaksikan pasukan Sri Pahang FC lebih mendominasi permainan, namun beberapa peluang terbaik gagal disempurnakan sehingga tamat babak pertama.

Memasuki babak kedua, pasukan tuan rumah mula mengatur serangan dengan permainan rancak dan cuba melakukan beberapa serangan, namun gagal menghasilkan gol tambahan.

Pada minit ke-66, kapten skuad Tok Gajah, Kpah Sherman, berjaya menyamakan kedudukan apabila membolosi gawang gol pasukan tuan rumah dengan rembatan cantik di kawasan kotak penalti.

Pada minit ke-76, pasukan Sri Pahang terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Manuel Hidalgo dilayangkan kad merah oleh pengadil, Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman, kerana mengasari Daren Lok, yang disahkan dengan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pada minit-minit terakhir permainan, kedua-dua pasukan semakin rancak dan beberapa percubaan berbahaya dapat dihasilkan, namun gagal menghasilkan gol dengan keputusan tidak berubah sehingga tamat perlawanan.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu dalam perlawanan timbal balik di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 2 Febi ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan