Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin ketika merasmikan Pertandingan Kaligrafi Cina 2025 anjuran Persatuan Hopoh Bahagian Miri hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Pertandingan kaligrafi Cina tarik minat generasi muda

ByVanessa Enjop

MIRI, 19 Jan: Penganjuran pertandingan kaligrafi tradisional Cina dilihat sebagai langkah penting dalam memartabatkan seni warisan tersebut dan menarik minat generasi muda terhadap kebudayaan Cina.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pertandingan seperti ini bukan sahaja membantu mempromosikan seni kaligrafi tetapi juga menjadi medium untuk menyemai nilai-nilai positif dalam diri peserta, khususnya golongan muda.

“Pertandingan ini sangat penting kerana ia bukan sahaja melibatkan seni menulis, tetapi juga nilai-nilai budaya yang baik. Tulisan kaligrafi ini melambangkan harapan, aspirasi dan semangat positif untuk tahun mendatang,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Menurut Lee, tradisi menulis kaligrafi menjelang Tahun Baru Cina merupakan amalan penting dalam kebudayaan masyarakat Cina, tulisan kaligrafi yang lama akan ditanggalkan dan digantikan dengan tulisan baharu sebagai simbol harapan untuk masa depan yang lebih baik.

“Melalui seni ini, peserta diajak untuk membina fikiran yang positif, hati yang baik dan nilai-nilai yang mulia. Seni ini juga mendorong motivasi dan pemikiran yang baik untuk mencapai kejayaan,” jelasnya.

Lee turut memuji usaha penganjur yang berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah dari pelbagai kaum.

“Di Sarawak, pertandingan kaligrafi ini tidak terhad kepada masyarakat Cina sahaja. Ia turut menarik penyertaan kaum lain, mencerminkan keharmonian dan penghargaan terhadap budaya yang positif dalam kalangan masyarakat kita,” tambahnya.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Hopoh Miri ini berjaya menarik lebih 72 peserta dari pelbagai peringkat umur, termasuk pelajar sekolah di sekitar Miri.

Lee berharap agar pertandingan seperti ini terus dianjurkan bagi memastikan seni kaligrafi kekal relevan, selain menggalakkan anak muda untuk menerokai seni tersebut sebagai cara membentuk jati diri dan menghargai tradisi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan