Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza. Foto Wisma Putra (FB)

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza

ByBernama

LANGKAWI, 19 Jan: Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pandangan ini disuarakan dalam Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang berlangsung di pulau lagenda ini.

Bercakap pada sidang media selepas penutup Permukiman AMM, beliau berkata pelan gencatan senjata ini membuka peluang untuk meredakan ketegangan serta memberi keutamaan kepada melindungi nyawa yang tidak berdosa.

Beliau turut menekankan bahawa menteri-menteri luar menyifatkan situasi di Gaza sebagai “sangat membimbangkan”.

Israel dan Hamas bersetuju untuk memulakan gencatan senjata pada Ahad, termasuk pembebasan ratusan tawanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam lawatan terbaharu beliau ke United Kingdom turut mengalu-alukan pengumuman perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Beliau menyifatkan gencatan senjata ini sebagai langkah penting yang akan memberikan kelegaan kepada rakyat Gaza yang telah mengalami penderitaan.

Beliau juga berkata bahawa Malaysia, yang telah berdekad memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin, akan menghulurkan bantuan untuk pembinaan semula Gaza. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan