Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Eksekutif SpaceX dan jutawan teknologi Elon Musk. Foto AFP

Musk janji atasi isu IT kerajaan AS, akui lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit

ByBernama

MOSCOW, 19 Jan: Ketua Eksekutif SpaceX dan jutawan teknologi Elon Musk berjanji pada Sabtu untuk membantu pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) memperbaiki sistem teknologi maklumat (IT) kerajaan selepas laporan mengenai penggodaman besar ke atas Perbendaharaan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Matlamat saya adalah untuk memperbaiki sistem IT kerajaan! Ini lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit,” kata Musk di platform X.

Pada 8 Dis, Jabatan Perbendaharaan AS dimaklumkan oleh syarikat perisian BeyondTrust bahawa penggodam telah memperoleh kunci keselamatan yang digunakan untuk memberikan sokongan teknikal secara jarak jauh, membolehkan mereka mengakses beberapa komputer Jabatan Perbendaharaan serta dokumen-dokumen berkaitan, menurut laporan akhbar The New York Times. Sebanyak 419 komputer Jabatan Perbendaharaan digodam, namun hanya fail tidak sulit yang dilaporkan terjejas.

Pada 15 Jan, laman berita Politico melaporkan bahawa penggodam telah mendapat akses kepada lebih 3,000 dokumen pegawai kanan AS, termasuk Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen. Laporan itu mengaitkan penggodaman berkenaan kepada China, yang menafikan sebarang penglibatan. -TVS

Tags: AS, godam, musk, orbit, roket

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan