Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima usul resolusi PBB yang dipersetujui pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan 2025, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini. Foto TVS

Lapangan terbang antarabangsa baharu Sarawak di Tanjung Embang

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 19 Jan: Tanjung Embang dipilih sebagai lokasi untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu Sarawak, setelah mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk keperluan pesawat untuk mendarat dalam ruang udara Malaysia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata cadangan awal sebelum ini melibatkan kawasan di Matang namun telah ditukar ke lokasi lain selepas mengambil kira beberapa aspek penting termasuk penggunaan ruang udara Kalimantan, Indonesia.

“Mula-mula kita mahu membina di Matang. Tetapi di Matang, mengenai pendekatan kapal terbang itu, jika ketinggian penerbangannya tertakluk kepada perjanjian antarabangsa, tiada masalah.

“Tetapi jika kita memasuki ke ruang udara negara lain, kita mesti minta izin dan membayar sesuatu. Di Matang, kapal terbang terpaksa turun melalui ruang udara Indonesia, di atas Kalimantan.

“Kalau lapangan terbang di Matang, kapal terbang semestinya mendarat di sana yang akan memasuki ruang udara Indonesia. Jadi, kita takut akan berlaku masalah. Mahu tidak mahu akhirnya kita bina di Tanjung Embang juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan 2025, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Kerajaan Sarawak melalui Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri (SFS) telah mempengerusikan jawatankuasa yang akan melihat kepada cadangan lapangan terbang yang baharu.

Sebelum ini, Abang Johari berkata, lapangan terbang antarabangsa baharu itu nanti bakal dibangun dengan rekaan seni bina seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, Qatar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan