Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menerangkan isu pemeriksaan telefon bimbit individu. Foto hiasan, Envato.

Ketua Polis Negara akan jumpa SUHAKAM isu periksa telefon bimbit – Saifuddin

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 19 Jan: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi membincangkan isu pemeriksaan telefon bimbit individu oleh polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan itu kelak akan membolehkan SUHAKAM memahami skop tugasan polis berhubung perkara berkenaan di samping mahu berlaku adil kepada semua pihak.

“Biar kita (polis dan SUHAKAM) ada pertukaran pandangan bagaimana penguatkuasa undang-undang terbesar di negara atasi isu ini.

“(Kita juga harap) SUHAKAM faham dalam konteks tugasan polis, ada pelbagai sudut pandangan yang kita boleh tengok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau persediaan menjelang Sidang Kemuncak Pencegahan Jenayah Siber dan Ekspo (AISSE’25), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata langkah pemeriksaan telefon bimbit tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya namun wujud tatacara dan undang-undang yang memberikan ‘polis locus standi’ untuk berbuat demikian.

Beliau memberi contoh berhubung penahanan individu yang kerana disyaki terbabit dalam ancaman keganasan.

“Undang-undang sedia ada tidak membenarkan polis untuk memeriksa. Itu keadaan yang mana perlu ada undang undang membolehkan kita membuat pemeriksaan telefon bimbit,” katanya.

Razarudin sebelum ini berkata polis memiliki kuasa untuk memeriksa telefon bimbit seseorang berdasarkan syak wasangka yang munasabah berdasarkan Seksyen 23(1) dan 116B Kanun Tatacara Jenayah, serta peruntukan daripada Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta Akta Polis.

Sementara itu, SUHAKAM pula dalam kenyataan semalam menegaskan polis tidak boleh sewenang-wenangnya memeriksa telefon bimbit seseorang ketika sekatan jalan raya kerana ia dianggap melanggar hak asasi manusia. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan