Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
档案照。

Kerjasama erat antara ASEAN pacu transformasi pelancongan mampan

ByMuqri Aziz

JOHOR BAHRU, 19 Jan: Kerjasama erat antara negara-negara anggota ASEAN menjadi tunjang kepada masa depan sektor pelancongan mampan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, menegaskan semangat perpaduan ASEAN merupakan faktor penting dalam membangunkan industri pelancongan yang berdaya tahan, inklusif dan lestari.

“Kita meraikan pencapaian bersama. Pada masa sama, kita menekankan keperluan untuk bekerjasama menghadapi cabaran serta merebut peluang baharu dalam industri pelancongan yang berubah pantas.

“Seperti yang kita ketahui, kita berkumpul minggu ini untuk perbincangan, jaringan dan idea baharu. Marilah kita menghayati semangat perpaduan ASEAN untuk membina masa depan pelancongan yang mampan, inklusif dan kukuh,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian The ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 di Persada Johor International Convention Centre di sini malam tadi.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN dan Timor-Leste.

Beliau turut memuji komitmen negara-negara anggota ASEAN dan rakan dialog antarabangsa dalam usaha bersama membina ekosistem pelancongan mampan yang memacu ekonomi sambil melindungi komuniti tempatan dan alam sekitar.

Bertemakan “Unity in Motion: Shaping ASEAN’s Tourism Tomorrow,” ATF 2025 menjadi platform penting untuk menyatukan pelbagai pihak berkepentingan termasuk menteri-menteri dasar, pemain industri dan wakil komuniti.

Perbincangan strategik yang diadakan sepanjang minggu ini bertujuan mengukuhkan ASEAN sebagai destinasi pelancongan unggul yang mampan dan berdaya tahan.

ATF 2025 yang berlangsung dari 15 hingga 20 Januari ini bertujuan mempromosikan produk pelancongan serantau, memudahkan pertukaran pengetahuan, menjalin peluang rangkaian dan mengukuhkan kerjasama dengan pemimpin industri pelancongan global untuk meningkatkan bilangan pelancong ke ASEAN. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan