Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo rasmi kempen Tahun Melawat Johor 2026. Foto TVS

Johor lancar logo Tahun Melawat Johor 2026

ByMuqri Aziz

JOHOR BAHRU, 19 Jan: Kerajaan negeri Johor telah melancarkan ‘soft launching’ logo Tahun Melawat Johor 2026 pada Majlis Perasmian ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 di Persada Johor International Convention Centre, di sini malam tadi.

Pelancaran logo itu disempurnakan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Onn Hafiz semasa berucap pada majlis itu, menyeru negara-negara anggota ASEAN untuk memperkasa sektor pelancongan berasaskan kelestarian dan inovasi.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Foto TVS

“Tema ATF 2025 pada tahun ini iaitu “Unity in Motion: Shaping ASEAN’s Tourism Tomorrow” membawa mesej yang kuat tentang harapan, inovasi, dan kelestarian. Ia mengingatkan kita tentang tanggungjawab bersama untuk merintis strategi baharu yang mempromosikan pelancongan sambil memelihara alam semula jadi, melindungi warisan budaya dan memperkasa komuniti kita.

“Saya yakin dengan Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 menekankan inklusiviti dan kelestarian,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian The ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 di Persada Johor International Convention Centre di sini malam tadi.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN dan Timor-Leste.

ADUN Machap itu turut berkata, menonjolkan keunikan Johor sebagai negeri dengan kepelbagaian budaya termasuk Melayu, Cina, India dan komuniti pribumi yang sudah semestinya menjadi destinasi yang kaya dengan tradisi, seni dan kepelbagaian kulinari.

Selain budaya, Johor turut menawarkan keindahan alam semula jadi yang memukau dengan enam taman negara, sungai yang jernih dan pulau-pulau yang mempesona, menjadi syurga bagi pencinta alam dan pengembara.

Semasa pembentangan Belanjawan negeri pada November tahun lepas, Onn Hafiz mengumumkan Kerajaan negeri Johor mensasarkan kedatangan seramai 12 juta pelancong domestik dan antarabangsa bersempena Tahun Melawat Johor 2026. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan