Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Nazmi Faiz Mansor mengumumkan anak perempuan keduanya Maira Maliyqa Muhammad Nazmi Faiz meninggal dunia pada 10.55 pagi tadi. Foto Nazmi Faiz Mansor (IG)

Anak pemain JDT meninggal dunia

ByBernama

JOHOR BAHRU, 19 Jan: Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Nazmi Faiz Mansor mengumumkan anak perempuan keduanya Maira Maliyqa Muhammad Nazmi Faiz meninggal dunia pada 10.55 pagi tadi.

Menerusi satu hantaran Instagram, Nazmi, 31, memohon orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat anaknya.

“Innalillahiwainnailahirojiun … 10.55 pagi baby Maira Maliyqa binti Muhammad Nazmi Faiz, puteri kedua kami telah kembali ke rahmatullah.

“Mohon sedekah Al-Fatihah buat puteri kami,” katanya dalam hantaran itu.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai pemergian cahaya mata keduanya itu tidak diketahui.

Sementara itu, kelab Johor Southern Tigers (JST) turut berkongsi berita sedih berkenaan di laman facebook kelab.

“Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Nazmi Faiz dan keluarga atas pemergian anak perempuan beliau, Maira Maliyqa binti Muhammad Nazmi Faiz yang telah meninggal dunia pada 19 Jan 2025.

“Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah,” menurut JST.

Nazmi dan isteri yang dikenali sebagai Nurul Yasmin mendirikan rumah tangga pada 25 Nov 2017 dan pasangan ini menimang cahaya mata pertama pada 26 Jun 2020. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan