Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima Usul-Usul PBB Zon Selatan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan 2025, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini. Foto TVS

Ahli PBB Zon Selatan bersetuju jawatan tertinggi dikekalkan tanpa dipertandingkan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 19 Jan: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Zon Selatan bersetuju dengan usul supaya jawatan Yang Dipertua PBB yang disandang Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dikekalkan tanpa dipertandingkan.

Naib Presiden PBB, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, semua 26 cawangan bermula dari N.1 Opar hingga N.26 Gedong juga bersetuju agar jawatan Timbalan-Timbalan Yang Dipertua dan Naib-Naib Yang Dipertua Kanan tidak dipertandingkan.

“Kedua, menyokong dan memberi kuasa penuh kepada YAB Premier untuk menuntut hak-hak Sarawak yang seperti termaktub dalam Malaysia Agreement 1963 (MA63).

“Ketiga, menyokong usaha Premier dan Kerajaan Sarawak untuk menambah jumlah kerusi Parlimen bagi Sarawak untuk mencapai perwakilan satu-pertiga di Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Usul-Usul PBB Zon Selatan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan 2025, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Katanya, usul keempat pula adalah menyokong penuh dasar dan strategi pembangunan Premier dan Kerajaan Sarawak untuk keterangkuman ekonomi serta mempupuk keharmonian, keseimbangan dan perpaduan rakyat.

“Kelima, menyokong penuh kepimpinan Premier untuk memastikan Sarawak menjadi wilayah yang termaju dalam Malaysia serta di rantau Asia.

“Keenam, memperkukuhkan aktiviti ekonomi dan menggalakkan keusahawanan dalam dan luar bandar melalui program pembangunan usahawan.

“Ketujuh, menggesa Kerajaan Sarawak untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membangkitkan isu berkaitan dengan kaum dan agama di Sarawak untuk memastikan perpaduan dan kemakmuran semua,” ujarnya.

Roland berkata, usul kelapan ialah memperbanyakkan program penerangan, latihan dan pendidikan supaya rakyat boleh mengambil bahagian dalam kegiatan ekonomi digital dan ekonomi baharu.

“Kesembilan, menyokong usaha Kerajaan Sarawak dalam aspek pendidikan melalui pembiayaan dan bantuan serta merealisasikan dasar pendidikan percuma di universiti-universiti milik Sarawak mulai tahun 2026.

“Kesepuluh, melebarluaskan dan memperbanyakkan lagi Skim Pembesaran Kampung di kawasan-kawasan Zon Selatan bagi menampung pertambahan penduduk,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan