Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

60 maut dalam insiden letupan tangki minyak di Nigeria

ByBernama

LAGOS (Nigeria), 19 Jan: Sekurang-kurangnya 60 orang terkorban manakala ramai lagi cedera apabila sebuah tangki minyak meletup di bahagian utara Nigeria pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pegawai kanan negara itu.

Komander Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan (FRSC) Negeri Niger, Kumar Tsukwam mengesahkan insiden yang berlaku di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.

Beliau memaklumkan bahawa ramai mangsa cedera ketika cuba mengambil minyak dari tangki yang tumpah di jalan raya.

“Setakat ini, 60 mayat ditemukan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan FRSC dan agensi-agensi lain masih berada di lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

Dalam kenyataan berasingan,  Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Niger (NSEMA), Abdullahi Baba-Arah menjelaskan bahawa insiden berlaku apabila sebuah tangki minyak bertembung dengan tangki lain dan kemudiannya cuba memindahkan minyak.

Semasa proses itu, petrol dipercayai terkena sebuah generator yang digunakan untuk memindahkan minyak, menyebabkan letupan yang mengorbankan dan mencederakan ramai mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan