Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis turut merampas lima belas pucuk pistol, selaras submachine gun dan 900 butir peluru menerus serbuan berkenaan.

15 pistol, submachine gun dirampas, sindiket proses dadah warga Taiwan tumpas

ByFirdaus Ismail

SHAH ALAM, 19 Jan: Polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dadah didalangi warga Taiwan di Selangor dan Kuala Lumpur yang membabitkan nilai rampasan dan sitaan keseluruhan mencecah RM120 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata turut dirampas lima belas pucuk pistol, selaras submachine gun dan 900 butir peluru daripada kumpulan berkenaan.

Pada 16 Januari lepas jelas beliau, polis melancarkan beberapa serbuan yang membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan, 10 lelaki Taiwan dan seorang wanita berasal dari Thailand.

“Dalam serbuan pertama di sebuah gudang di Puncak Alam, Selangor, polis berjaya menahan lapan lelaki Taiwan yang sedang melakukan kerja – kerja memproses dadah.

“Pemeriksaan di situ turut menjumpai dadah jenis erimin 5 dengan anggaran berat 306 kilogram (kg), ekstasi (183.4 kg) serta peralatan memproses dadah dan pelbagai jenis bahan kimia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Ahad.

Serbuan kedua di kawasan sama katanya, polis menahan dua lagi lelaki warga Taiwan bersama seorang wanita Thailand dan pemeriksaan di situ turut menemui dadah.

“Pada pukul 5.30 petang hari sama, polis menyerbu pula sebuah rumah di Desa Park City, Kuala Lumpur yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan hasil proses dadah dan menemukan pil ekstasi seberat 310 kg, kokain (21.1 kg), syabu (5.2 kg), heroin 3.6 kg, heroin base (1.8 kg0 dan merampas senjata api serta peluru di situ, “ katanya.

Kata beliau nilai pasaran dadah yang dirampas dianggarkan RM117.9 juta dan boleh digunakan oleh seramai 3.4 juta penagih sekiranya terlepas ke pasaran.

“Polis juga telah menyita aset dan wang tunai dianggarkan bernilai RM1 juta,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan