WASHINGTON, 17 Jan: Rumah Putih pada Jumaat menyatakan bahawa TikTok harus kekal boleh diakses rakyat Amerika Syarikat, tetapi waktu pelaksanaan keputusan Mahkamah Agung mengenai undang-undang yang mengharamkan aplikasi itu kini menjadi tanggungjawab pentadbiran Donald Trump.
“TikTok harus kekal boleh diakses rakyat Amerika, tetapi dengan pemilikan Amerika atau pihak lain yang mampu menangani kebimbangan keselamatan negara yang dikenal pasti oleh Kongres semasa membangunkan undang-undang ini.
Berdasarkan faktor masa, pentadbiran ini mengakui bahawa tindakan untuk melaksanakan undang-undang itu perlu dilakukan oleh pentadbiran seterusnya, yang akan memulakan tugas pada Isnin,” menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan. – TVS