Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

Terbuka India: Dua wakil negara kandas di separuh akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian selepas tewas dalam aksi separuh akhir hari ini.

Soon Huat-Shevon Lai Jemie ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan ranking kedua dunia dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin dalam pertarungan selama 51 minit yang diheret hingga ke set penentuan, berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi.

Pasangan suami isteri itu memenangi set pertama 21-18, tetapi beregu China berjaya bangkit untuk meraih kemenangan 21-19, 21-9.

Dalam pada itu, nasib sama turut menimpa beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah dalam pertemuan menentang Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan apabila tewas 18-21, 18-21 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

“Masalah yang sama ialah tiada konsistensi… masih terlalu tergesa-gesa untuk mematikan pukulan lawan dan tidak benar-benar menikmati proses itu. Itulah kesilapan yang selalu kami lakukan berulang kali,” kata Pearly menerusi audio yang dikongsikan oleh Persekutuan Badminton (Dunia (BWF). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan