Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa sidang media selepas merasmikan Borneo Cricket Ground di Kuching, hari ini. Foto TVS

Sarawak bersiap siaga jadi destinasi sukan bertaraf antarabangsa

ByDouglas Elliot

KUCHING, 18 Jan: Sarawak berhasrat untuk menjadi destinasi sukan bertaraf antarabangsa dengan penganjuran sukan ternama seperti Sukan Asia Tenggara (SEA Games) 2027 di sini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan kini sedang giat mempersiapkan kemudahan sukan bagi menjadi tuan rumah bersama dan acara pembukaan sukan berprestij berkenaan.

“Salah satu daripada rancangan kita adalah untuk memusatkan venue sukan bagi membolehkan kita menganjur sukan bertaraf antarabangsa dan menjadi penanda aras dalam melahirkan lebih ramai atlet tempatan yang mampu bersaing di peringkat global.

“Kerajaan Sarawak juga telah membelanjakan peruntukan besar bagi menaiktaraf kemudahan sukan, termasuk Borneo Cricket Ground yang berjumlah lebih RM6 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Borneo Cricket Ground di sini, hari ini.

Fasiliti itu juga menurut Abang Johari dibina mengikut piawaian antarabangsa dan dilengkapi kemudahan untuk menampung keperluan media global.

Tambah beliau, infrastruktur sukan yang lengkap penting bagi pembangunan atlet tempatan.

Terdahulu, Abang Johari turut melancarkan Kejohanan Kriket Wanita Bawah-19 T20 Piala Dunia Majlis Kriket Antarabangsa (ICC).

Bercakap mengenai kejohanan itu, beliau memberitahu sukan kriket adalah sangat popular di negara seperti India, Pakistan, Australia, dan United Kingdom serta memiliki peminat dan penonton yang ramai.

“Kami berbangga untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan kriket berprestij ini dan saya ingin berterima kasih kepada penganjur kerana telah memilih Sarawak.

“Zon waktu kita amat sesuai bagi penonton dari negara-negara tersebut mengikuti sukan itu secara langsung,” katanya.

Perlawanan pertama Kejohanan Kriket Wanita Bawah-19 T20 ICC bakal menyaksikan pertemuan antara Samoa dan Nigeria. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan