Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, pagi semalam. Foto Bernama

Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan kes pukul OKU

ByBernama

CHUKAI, 18 Jan: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata tiga lelaki termasuk seorang peniaga berusia 18 hingga 60 tahun itu ditahan kira-kira 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini ketika hadir memberi keterangan.

Beliau berkata siasatan menyeluruh akan dijalankan daripada semua aspek, dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Kita turut menasihatkan keluarga mangsa supaya lebih peka dan memantau mangsa dengan baik supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Semalam tular di laman sosial video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, di sini.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas lelaki yang berusia 47 tahun yang menunggang motosikal terlanggar salah sebuah gerai sehingga menyebabkan makanan jualan terjatuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan