Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kapal kargo tersebut, pasukan serbuan berjaya menemui kira-kira 100 kotak mercun pelbagai jenis yang disyaki diimport dari negara luar untuk dibawa masuk ke Malaysia. Foto PPM

Polis Marin rampas mercun bernilai RM21.5 juta dalam Op Taring – Pensura di Lawas

ByRegina Lee

LAWAS, 18 Jan: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Limbang berjaya merampas pelbagai jenis mercun bernilai lebih RM21.5 juta daripada sebuah kapal kargo di Dermaga Lawas, 12 Januari lalu.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, operasi serbuan yang dikenali sebagai Op Taring-Pensura itu dilakukan hasil maklumat risikan dan pemeriksaan ke atas kapal kargo Tung King II (327769) yang dikendalikan oleh seorang juragan warga Indonesia.

Katanya, juragan kapal tersebut gagal mengemukakan dokumen yang sah dari pihak Kastam bagi membawa masuk mercun tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kapal kargo tersebut, pasukan serbuan berjaya menemui kira-kira 100 kotak mercun pelbagai jenis yang disyaki diimport dari negara luar untuk dibawa masuk ke Malaysia.

“Suspek disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 8 (a) iaitu: gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen berkaitan pemilikan/penyimpan bahan letupan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Suspek telah ditahan dan mercun tersebut telah dirampas dan telah diserah dan dirujuk kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Lawas untuk tindakan dan siasatan lanjut,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan