Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi JPBD Pitas Asdi@Mohd Faizal Husin berkata hingga malam tadi jumlah penduduk terlibat banjir di daerah itu dianggarkan seramai 10,000 orang namun operasi menyelamat tertunda berikutan jalan ke kampung terlibat tidak boleh dilalui. Foto fail Bernama

Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.

Di SABAH, dua daerah yang baharu dilanda banjir malam tadi iaitu Pitas dan Paitan menyaksikan jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 862 daripada 282 keluarga berbanding 17 daripada enam keluarga malam tadi di Kota Marudu.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pitas mencatat angka tertinggi iaitu 784 mangsa daripada 259 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di daerah terbabit.

Sementara itu, di Paitan seramai 61 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di tiga PPS dan di Kota Marudu kekal 17 mangsa daripada enam keluarga di satu PPS.

“Sebanyak 19 kawasan terlibat banjir di Pitas, tiga di kampung di Paitan dan dua kampung di Kota Marudu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas dan Paitan masing-masing mengeluarkan pengisytiharan bencana banjir.

Pengerusi JPBD Pitas Asdi@Mohd Faizal Husin berkata hingga malam tadi jumlah penduduk terlibat banjir di daerah itu dianggarkan seramai 10,000 orang namun operasi menyelamat tertunda berikutan jalan ke kampung terlibat tidak boleh dilalui.

Beliau berkata sebanyak 16 jalan terjejas dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan manakala Pejabat Pendidikan Daerah Pitas mengesahkan dua sekolah yang terkesan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nibang dan SK Pandai Mandamai.

Sementara itu, di PAHANG seramai 32 mangsa banjir di Raub membabitkan 13 keluarga kekal ditempatkan di PPS SK Ulu Sungai pagi ini.

Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan empat sungai melebihi tahap waspada iaitu Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong Rompin; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan