Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap selepas selesai menunaikan Solat Jumaat di East London Mosque pada Jumaat. Foto Bernama

Malaysia akan bantu pembinaan semula Gaza – PM Anwar

ByBernama

LONDON, 18 Jan: Malaysia, yang telah sekian lama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin, akan membantu dalam pembinaan semula Gaza.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan berdoa agar gencatan senjata yang diumumkan semalam berterusan.

“Ada cabaran, kami berdoa (gencatan senjata) akan kekal. Kami akan bantu dalam pembinaan semula Gaza,” katanya kepada jemaah Masjid East London sebelum solat Jumaat.

Anwar berkata ia sesuatu yang baik bahawa Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.

Perjanjian gencatan senjata tiga fasa itu, diusahakan Mesir, Amerika Syarikat dan Qatar, akan dikuatkuasakan Ahad ini dan menyasarkan untuk menamatkan konflik 15 bulan di Gaza.

Pada Khamis, Anwar berkata walaupun pembinaan semula menjadi keutamaan, kehilangan nyawa lebih 46,700 rakyat Palestin dan lebih dua juta orang kehilangan tempat tinggal perlu turut diakui dan tidak dilupakan.

Perdana Menteri, yang kini dalam lawatan kerja lima hari ke United Kingdom, menyerahkan al-Quran dengan terjemahan bahasa Inggeris kepada pihak pengurusan masjid, sebelum makan tengah hari bersama ahli Majlis Muslim Britain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan