Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beliau berkata jumlah yang besar diperlukan kerana kemudahan seperti masjid, sekolah, hospital dan rumah telah musnah. Foto fail AFP

Kos pembangunan semula Gaza dianggarkan US$1 trilion – PM Anwar

ByBernama

LONDON, 18 Jan: Pembangunan semula Gaza yang hampir musnah akibat serangan Israel sejak Oktober 2023, dijangka menelan kos lebih US$1 trilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata jumlah yang besar diperlukan kerana kemudahan seperti masjid, sekolah, hospital dan rumah telah musnah.

“Ada yang anggarkan kos sebanyak US$1 trilion,” kata beliau pada sidang media bersama media Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke United Kingdom.

Anwar berkata Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.

Pada Rabu diumumkan perjanjian gencatan senjata tiga fasa yang diusahakan Mesir, Amerika Syarikat dan Qatar, berkuat kuasa Ahad ini dan menyasarkan untuk menamatkan konflik 15 bulan di Gaza.

Pada Khamis, Anwar berkata walaupun pembinaan semula menjadi keutamaan, kehilangan nyawa lebih 46,700 rakyat Palestin dan lebih dua juta orang kehilangan tempat tinggal perlu turut diakui dan tidak boleh dilupakan.

Anwar dalam rangka kerja lawatan ke United Kingdom dari 15 hingga 19 Jan dan selepas itu akan meneruskan lawatan kerja dua hari ke Belgium. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan