Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada minggu ini, bank pusat itu melakukan operasi harian bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik, repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan disokong operasi BNM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan susulan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat itu melakukan operasi harian bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik, repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM28.22 bilion pada Jumaat daripada RM24.10 bilion yang dicatatkan pada akhir minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, mudah tunai itu berkurangan kepada RM21.71 bilion daripada RM26.80 bilion sebelum ini.

Selain itu, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 16 Jan, 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan