Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Difahamkan pemantauan sebanyak 22 buah pintu bahagian belakang ruangan dapur Rh. Sungai Dabai telah dinaiki air dari malam tadiĀ  namun keadaan masih lagi terkawal. Foto: Bomba

Bomba Marudi pantau kawasan risiko banjir

ByFarah Diyana Samsuddin

MARUDI, 18 Jan: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir di sini pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan lokasi terlibat sususlan berada di kawasan rendah adalah Rh Poyut dan. Rh Sungai Dabai.

Menurutnya kawasan rendah yang ditenggelami air berpunca dari limpahan air yang mengalir dari parit serta anak sungai berdekatan namun masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.Ā 

ā€œKeadaan ini berkemungkinan akan menjadi lebih teruk sekiranya hujan lebat berterusan serta air pasang kerana aliran anak sungai tidak dapat menampung dan juga banyak kawasan yang telah dinaiki air,ā€ katanya dalam laporan hari ini.

Difahamkan pemantauan sebanyak 22 buah pintu bahagian belakang ruangan dapur Rh. Sungai Dabai telah dinaiki air dari malam tadiĀ  namun keadaan masih lagi terkawal.

Setakat berita ini ditulis tiada permohonan bantuan pemindahan diterima dari penduduk dan penduduk dinasihatkan agar sentiasa peka dengan keadaan semasa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan