Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Pusat Buruh UNI Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dan Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank Berhad, Mazhatulshima Mohd Zahid menyaksikan Pemeteraian Perjanjian Kolektif (CA) antara Kesatuan Sekerja Pegawai-Pegawai Bank Malayan Banking Berhad Sarawak (KSPPBMBBSWAK) dan Maybank Berhad (MBB). Foto TVS

Bayaran tunggakan kenaikan gaji pekerja bank akan dikreditkan mulai 22 Januari ini

ByAsmah Adenan

KUCHING, 18 Jan: Bayaran tunggakan kenaikan gaji bagi pekerja bank untuk tempoh 12 bulan mulai bulan Januari hingga Disember 2024 akan mula dikreditkan  pada 22 Januari ini.

Ia berikutan dengan pengumuman sebelum ini yang mana penyelarasan kenaikan gaji bagi pekerja perkeranian dan bukan perkeranian bank di Sarawak sebanyak sembilan peratus serta peningkatan pelbagai elaun antara sembilan peratus hingga 25 peratus adalah berikutan peningkatan terhadap kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank Berhad, Mazhatulshima  Mohd Zahid berkata, bayaran tunggakan kenaikan gaji sebanyak 12 bulan itu akan mula dikreditkan mulai 22 Januari ini.

“Selain itu, menerusi Perjanjian Kolektif (CA) ini, bayaran Bantuan Perayaan sebanyak RM1,500 telahpun dikreditkan pada 7 Januari lepas.

“Bayaran bantuan ini adalah untuk memastikan sambutan perayaan disambut dengan penuh bermakna bersama keluarga tersayang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemeteraian Perjanjian Kolektif (CA) antara Kesatuan Sekerja Pegawai-Pegawai Bank Malayan Banking Berhad Sarawak (KSPPBMBBSWAK) dan Maybank Berhad (MBB) yang diadakan di hotel Hilton di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Perjanjian Kolektif ini juga termasuk penambahan kepada elaun dan faedah seperti kenaikan 25 peratus bagi kerja waktu rehat dan cuti umum.

“Bagi kerja yang dibuat dalam tempoh empat jam, elaun dinaikkan daripada RM120 kepada RM150, manakala bagi kerja melebihi empat jam kenaikan daripada RM200 kepada RM250.

“Di bawah perjanjian baharu ini, eksekutif juga akan menikmati kadar faedah Sifar (0%) ke atas Pinjaman Perumahan Kakitangan mereka untuk RM150,000 pertama, termasuk untuk pinjaman tertunggak sedia ada, tertakluk kepada keperluan yang akan dimaklumkan tidak lama lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Mazhatulshima, Perjanjian Kolektif ini juga meningkatkan faedah perubatan untuk pekerja yang mempunyai anak kurang upaya, menaikkan had kepada RM2,200 untuk rawatan pesakit luar, dan RM11,000 untuk kemasukan ke hospital.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Presiden Pusat Buruh UNI Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dan Ketua Pegawai Kumpulan Modal Insan, Mazhatulshima  Mohd Zahid telah menyaksikan Pemeteraian Perjanjian Kolektif (CA) antara Kesatuan Sekerja Pegawai-Pegawai Bank Malayan Banking Berhad Sarawak (KSPPBMBBSWAK) dan Maybank Berhad (MBB).

Hadir sama, Ketua Perhubungan Industri Kumpulan Maybank Berhad, Dato’ Brian Jit Singh, Pengarah Bahagian bagi Bahagian Sarawak, Abang Jamili Abang Julai dan President Kesatuan Sekerja Pegawai-Pegawai Bank Malayan Banking Berhad Sarawak, Raymond Kong Zek Fong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan