Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Parti Pesaka Bumiputara Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Zon Utara di Miri, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari yakin keupayaan pelapis pemimpin PBB

BySalasiah Safian

MIRI, 18 Jan: Presiden Parti Pesaka Bumiputara Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin bahawa pelapis pemimpin parti itu sudah bersedia untuk menyambung legasi parti tersebut.

Katanya, untuk itu latihan harus diberikan kepada mereka yang bakal menjadi pelapis pemimpin parti itu kelak terutamanya barisan pemuda.

“Saya fikir pelapis kita yang terdiri daripada pemuda sudah bersedia menyambung legasi pemimpin yang sedia ada terutamanya mereka yang sudah berusia. Kita tidak boleh pentingkan diri dan apabila tiba masanya kita akan menyerahkan kepimpinan kepada mereka yang lebih muda.

“Oleh itu, kita harus melatih golongan muda untuk menjadi pemimpin, yang penting parti PBB kekal relevan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Zon Utara di Miri hari ini.

Katanya, sekiranya parti PBB tidak relevan adalah mustahil ia kekal menjadi sebuah parti yang kuat dan stabil pada masa sekarang serta mempunyai cara tersendiri dalam membangunkan Sarawak.

“Kebijaksanaan juga penting dalam diri seorang pemimpin untuk membuat sesuatu keputusan, lebih-lebih lagi dałam memikul tanggungjawab yang besar.

“Sekiranya kita membuat keputusan yang salah sebarang kemungkinan boleh timbul, jadi keputusan yang dibuat perlu dilakukan dengan bijak dan tepat,” ujarnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan