Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laporan menyatakan dua ekor lembu jantan turut mati dalam insiden berasingan. Foto hiasan Envato

7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India

ByBernama

NEW DELHI, 18 Jan: Sekurang-kurangnya tujuh orang, kebanyakannya penonton, maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.

Kematian dan kecederaan itu dilaporkan pada Khamis semasa acara yang diadakan di beberapa kawasan di negeri Tamil Nadu, selatan India.

Laporan menyatakan dua ekor lembu jantan turut mati dalam insiden berasingan. Seekor lembu mati ketika acara di Pudukkottai, manakala seorang pemilik lembu dan lembunya maut di Kampung Siravayal, Daerah Sivaganga, dalam acara menjinakkan lembu.

Pegawai berkata kebanyakan kematian dan kecederaan berlaku di luar gelanggang, tempat pemilik lembu biasanya mengumpulkan lembu mereka selepas acara berlangsung di hadapan ribuan penonton. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan